Kelas Asas Tiktok Shop Affiliate
29 April 2024 | Aktiviti TerkiniNADI Sg. Bandung telah mengadakan aktiviti Eksplorasi Cilik Digital bagi sesi April pada 28 April 2024, Ahad. Seramai 10 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai aktiviti tersebut. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya ialah STEM IoT iaitu Mengenal 5 Deria Manusia, Popsicle Stick Catapult dan juga Lava lamp. Untuk aktiviti STEM, petugas NADI telah berkongsi kepada pelajar telah tentang cara penghasilan Popsicle Stick Catapult dengan membuat demonstrasi kepada pelajar. Selain itu, pelajar-pelajar diminta untuk membuat Lava Lamp eksperiment dengan menggunakan minyak, cuka, baking powder dan pewarna. Untuk aktiviti mengenal 5 Deria Manusia, pelajar telah dibimbing untuk menyenaraikan objek-objek yang dapat dilihat, dihidu, didengar, disentuh dan dirasa.
Selain itu, terdapat aktiviti E-Learning iaitu pelajar-pelajar diminta untuk membuat kuiz di dalam Wordwall iaitu Telling time, Namakan 5 Deria Manusia dan Mengenal Benda Hidup dan Bukan Hidup.
Untuk kelas softskill pula, pelajar-pelajar diajar cara membuat DIY Ketupat menggunakan kertas warna dan membuat hidden puzzle. Untuk aktiviti Asas ICT pula, para pelajar telah diberi tunjuk ajar untuk membuat jadual waktu kelas menggunakan Microsoft Word. Para pelajar juga telah diberi latihan mengisi data mengunakan Microsoft Excel.
Selain itu juga, para pelajar telah diberi info advokasi Klik Dengan Bijak. Tayangan video advokasi telah dipertontonkan kepada para pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: